EXCO

Kerajaan Selangor komited atasi projek rumah terbengkalai

1 Mac 2020, 6:45 AM
Kerajaan Selangor komited atasi projek rumah terbengkalai

AMPANG, 1 MAC: Kerajaan Negeri sedia menjadi pemudah cara bagi pemaju perumahan yang berminat mengambil alih projek perumahan terbengkalai, kata EXCO perumahan.

Haniza berkata sebanyak 180 projek perumahan yang dibina sebelum 2007 masih terbengkalai sehingga sekarang dan pihaknya terbuka untuk berunding bagi membangun semula projek terbabit demi keadilan kepada pembeli.

"Kuasa kerajaan negeri untuk menghidupkan semula projek terbengkalai di negeri ini agak terbatas kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Namun seperti ditegaskan Kerajaan Negeri akan cuba memudahkan segala urusan kerana perkara ini melibatkan nasib pembeli yang telah menunggu sejak berbelas atau berpuluh tahun luntuk memiliki rumah," katanya selepas Majlis Penyerahan Sijil Kelayakan Menduduki dan Kunci Rumah Projek Perumahan Estana Court Blok B, Hulu Kelang di sini hari ini.

Haniza berkata Kerajaan Negeri komited mencari mekanisme terbaik bagi memastikan isu projek perumahan terbengkalai dapat diatasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619