EXCO

Jawatankuasa peringkat PBT pantau projek perumahan, komersial

1 Mac 2020, 6:05 AM
Jawatankuasa peringkat PBT pantau projek perumahan, komersial

AMPANG, 1 MAC: Kerajaan Negeri menubuhkan jawatankuasa kecil di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memantau projek baharu perumahan dan komersial, kata EXCO perumahan.

Haniza Talha berkata jawatankuasa tersebut akan memastikan semua pembinaan siap mengikut jadual selain mengatasi isu projek terbengkalai di negeri ini.

"Kita akan memastikan projek baharu disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan sehingga sijil layak menduduki diperoleh dan perkara paling penting adalah pembeli mendapat kunci rumah.

"Jika didapati pembinaan alami sedikit kelewatan jawatankuasa ini akan terus berjumpa pemaju untuk mengetahui punca projek tidak mengikut jadual," katanya selepas Majlis Penyerahan Sijil Kelayakan Menduduki dan Kunci Rumah Projek Perumahan Estana Court Blok B, Hulu Kelang di sini hari ini.

Haniza berkata jawatankuasa kecil di peringkat PBT turut diarahkan mengenal pasti dua projek terbengkalai dan bertindak sebagai penyelaras di antara pemaju atau pemaju penyelamat untuk menyiapkan pembinaan dalam tempoh dua tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619