AGENDA

Ringgit ditutup mengukuh 4.2230/2280 berbanding dolar AS

26 Feb 2020, 11:13 AM
Ringgit ditutup mengukuh 4.2230/2280 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 26 FEB: Ringgit mengakhiri penyusutan nilainya berbanding dolar Amerika Syarikat selama tujuh hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu oleh peningkatan minat pelabur menjelang pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, esok.

Pada jam 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.2230/2280 berbanding dolar AS daripada 4.2310/2350 pada Selasa.

Terdahulu, Perdana Menteri Sementara Tun Dr Mahathir Mohamad menulis dalam laman twitternya bahawa beliau telah menghadiri mesyuarat dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan berhubung pembentangan pakej tersebut.

Inisiatif itu bertujuan merangsang ekonomi negara dan menampan sebarang kesan akibat penularan Covid-19 dan ketidaktentuan luaran lain.

“Pengumuman (pakej rangsangan) itu akan membantu memulihkan semula keyakinan pelabur terhadap pasaran yang diasak tekanan akibat ketidakpastian yang melanda landskap politik tempatan," kata seorang penganalisis kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0205/0245 daripada 3.0256/0289 pada Selasa, naik berbanding yen Jepun kepada 3.8280/8335 daripada 3.8324/8371 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4679/4761 daripada 5.4969/5038, semalam.

Ringgit bagaimana pun rendah berbanding euro kepada 4.5980/5047 daripada 4.5902/5962 sebelum ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619