EXCO

Pemohon Rumah SelangorKu perlu saringan AKPK

25 Feb 2020, 7:36 AM

SHAH ALAM, 25 FEB: Pemohon Rumah SelangorKu perlu melalui proses saringan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sebelum dibenarkan membeli kediaman tersebut, kata EXCO perumahan.

Haniza Talha berkata program pengurusan kredit AKPK membolehkan penstrukturan semula hutang sedia ada pemohon selain memudahkan bank memberi pertimbangan untuk meluluskan pinjaman perumahan.

"Ia antara langkah mengatasi isu pemohon gagal mendapatkan pinjaman institusi kewangan disebabkan pelbagai masalah sehingga menganggu proses penjualan rumah.

"Saringan AKPK penting untuk menyemak status pemohon sama ada mempunyai tunggakan hutang atau sebaliknya termasuk mengetahui had kemampuan membeli rumah," katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Dalam pada itu Haniza berkata, Kerajaan Negeri melaksanakan Skim Smart Sewa bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk menyewa sambil menyimpan.

“Penyewa mendapat balik 30 peratus daripada jumlah keseluruhan sewaan apabila kontrak sewaan dua tahun tamat yang boleh digunakan sebagai bayaran deposit pembelian Rumah SelangorKu," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619