AGENDA

Polis pantau keselamatan ibu kota

24 Feb 2020, 11:34 PM
Polis pantau keselamatan ibu kota

KUALA LUMPUR, 25 FEB: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata polis akan terus memantau dan bersiap sedia, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di sekitar ibu negara terus terjamin, susulan senario politik semasa dan peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Orang ramai dinasihati supaya menghormati undang-undang dan proses demokrasi di negara ini.

"Pihak polis juga mengharapkan kerjasama yang berterusan dari penyokong parti-parti politik dan orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi, mencetuskan provokasi serta menyebarkan berita atau maklumat tidak benar terutamanya berkaitan sensitiviti perkauman mahu pun agama yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta kehormanian masyarakat," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tegasnya, pihaknya tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap mana-mana pihak yang didapati cuba mengganggu ketenteraman awam.

Tun Mahathir semalam meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa Tun Mahathir telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara semalam Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619