AGENDA

Semua jawatan menteri, timbalan terbatal hari ini

24 Feb 2020, 2:01 PM
Semua jawatan menteri, timbalan terbatal hari ini

SHAH ALAM, 24 FEB: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali memaklumkan perkara itu diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020 selaras peletakan jawatan Perdana Menteri.

"Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran (merangkumi timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik) terhenti pada tarikh yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuki sebelum ini mengesahkan Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu Perdana Menteri baharu mengangkat sumpah jawatan selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Petang tadi, Dr Mahathir meluangkan masa kira-kira 90 minit menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan pengerusi Bersatu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619