AGENSI

Maqis Selangor rampas lebih 5,000kg cendawan tiram dari Korea

24 Feb 2020, 4:23 AM
Maqis Selangor rampas lebih 5,000kg cendawan tiram dari Korea

SHAH ALAM, 24 FEB: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas 5,408 kilogram cendawan tiram dari Korea dianggarkan bernilai RM76,535.60 dalam pemeriksaan rutin pada 20 Februari lalu.

Pengarahnya Dr Tarmisal Alimin berkata tindakan susulan pengimport gagal mematuhi syarat pelabelan, pembungkusan serta penggredan (3P), lapor Sinar Harian.

"Rampasan dibuat bagi memastikan setiap keluaran pertanian bebas perosak dan penyakit, bahan cemar serta mematuhi syarat yang ditetapkan,"katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan pelaku boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara enam tahun atau kedua–duanya sekali jika disabitkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619