BERITA UTAMA

MB: Pengorbanan keluarga Abam Bocey dihargai

21 Feb 2020, 1:58 PM
MB: Pengorbanan keluarga Abam Bocey dihargai
MB: Pengorbanan keluarga Abam Bocey dihargai

GOMBAK, 21 FEB: Pengorbanan Allahyarham Abam Bocey dan keluarganya yang banyak membantu pada sebelum dan selepas pilihan raya umum lalu amat dihargai, kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Dato' Menteri Besar berkata beliau merakamkan takziah kepada keluarga dan isteri Abam, Siti Nurhidayah Md Ali, 28, berikutan kepulangannya ke rahmatullah pada 10 Februari lalu.

"Sebagai pemimpin setempat, saya bersimpati dengan pemergian anak seni kelahiran Gombak yang banyak menceriakan masyarakat.

"Difahamkan keluarga Abam banyak berjasa khususnya sepanjang pilihan raya umum lalu. Oleh itu saya menyanjung tinggi pengorbanan mereka," katanya ketika menziarahi ibu Abam, Sabariah Arshad di Kampung Sungai Salak sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua turut menghulurkan sumbangan kepada keluarga tersebut.

Sementara itu, Sabariah, 63, berkata kehadiran Dato'Menteri Besar mengejutkan dan tidak diduga berikutan jadual padat ditempuh setiap hari.

"Terima kasih tidak lupa melawat dan sehingga hari ini ramai yang ziarah kubur arwah turut singgah ke rumah makcik," katanya.

Menurut adiknya, Ali Puteh, Abam atau nama sebenar, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia akibat demam panas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619