AGENSI

Selcat, Selangor contoh pada negeri lain

20 Feb 2020, 2:05 PM
Selcat, Selangor contoh pada negeri lain

SHAH ALAM, 20 FEB: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang ditubuhkan Dewan Negeri Selangor (DNS) menjadi contoh serta ikutan pada negeri lain, kata pengerusinya.

Ng Suee Lim yang juga speaker DNS berkata beliau berbangga apabila kehadiran wakil dewan undangan negeri dari Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Perlis dan Melaka memenuhi sesi pendengaran awam penilaian prestasi PBT dan ahli majlis oleh Selcat hari ini.

"Wakil berkenaan datang berkongsi pengalaman Selangor menjalankan sesi tersebut.

"Maka kita bertekad supaya negeri ini sentiasa berada di depan serta menjadi rujukan sekali gus membuktikan kita mengungguli pelbagai bidang termasuk perundangan," katanya pada sidang media di Bangunan Annex di sini hari ini.

Hadir sama anggota Selcat, Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang Saari Sungib, ADN Banting Lau Weng San, ADN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin, ADN Sungai Air Tawar Rizam Ismail dan ADN Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619