PBT

Keputusan peringkat PBT bukan kuasa mutlak YDP

20 Feb 2020, 1:42 PM
Keputusan peringkat PBT bukan kuasa mutlak YDP

SHAH ALAM, 20 FEB: Keputusan pada peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan dibuat secara mutlak oleh yang dipertua (YDP), sebaliknya adalah keputusan hasil muafakat, kata YDP Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

"Jadi tidak timbul isu YDP atau ahli majlis berkuasa di dalam sesebuah pentadbiran, ini kerana sebarang usul akan dibahas serta diputuskan bersama," kata Noraini Roslan.

Sudah berkhidmat hampir 30 tahun, beliau berkata MPSJ sentiasa membuka ruang kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) berkomunikasi dengan PBT sekiranya mempunyai sebarang masalah.

"Pada masa sama seramai 24 ahli majlis MPSJ boleh membantu ADN dan bertindak sebagai ejen sekiranya terdapat isu ingin dikemukakan. Mereka (ADN) juga boleh hubungi kami pada bila-bila masa," katanya yang juga saksi pada sesi pendengaran awam penilaian prestasi PBT dan ahli majlis oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Bangunan Annex di sini hari ini..

Turut dipanggil ialah YDP Majlis Daerah Kuala Langat Mohamad Zain A Hamid dan Datuk Bandar Petaling Jaya Dato' Mohd Sayuthi Bakar.

Ia dipengerusikan ADN Sekinchan Ng Suee Lim serta anggotanya ADN Hulu Kelang Saari Sungib, ADN Banting Lau Weng San, ADN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin, ADN Sungai Air Tawar Rizam Ismail dan ADN Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619