EXCO

Ganti ahli majlis gagal tunjuk prestasi kerja memuaskan

20 Feb 2020, 1:27 PM
Ganti ahli majlis gagal tunjuk prestasi kerja memuaskan

SHAH ALAM, 20 FEB: Ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor yang gagal menunjukkan prestasi kerja memuaskan akan diganti, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata, Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan segelintir ahli majlis tidak tahu skop kerja kerana ia akan menjejaskan kualiti perkhidmatan PBT.

"Sepatutnya tidak timbul isu berkaitan kerana mereka telah menjalani kursus namun secara kesuruhannya prestasi 288 ahli majlis di seluruh negeri adalah baik malah kita banyak melaksanakan reformasi dalam PBT," katanya.

Beliau menjadi saksi sesi pendengaran awam 'Penilaian Prestasi PBT dan Ahli Majlis Negeri Selangor' oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Bangunan Annex di sini hari ini.

Selcat dipengerusikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan Ng Suee Lim dan ahli jawatankuasa terdiri ADN Hulu Kelang Saari Sungib, ADN Banting Lau Weng San, ADN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin, ADN Sungai Air Tawar Rizam Ismail dan ADN Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619