PBT

MBPJ cadang KPI ahli majlis PBT

20 Feb 2020, 10:22 AM
MBPJ cadang KPI ahli majlis PBT

SHAH ALAM, 20 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bercadang melaksanakan indeks prestasi utama (KPI) bagi memantau gerak kerja ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), kata datuk bandarnya.

Dato' Mohd Sayuthi Bakar berkata, langkah itu bagi memastikan mereka menjalankan tanggungjawab dengan baik selain meningkatkan kualiti penyampaian.

"Sudah tiba masanya KPI diperkenalkan dan cadangan ini perlu dipertimbangkan.

"Seorang Ahli Dewan Negeri (ADN) tidak mampu melaksanakan semua perkara jadi ahli majlis perlu membantu menyelesaikan aduan penduduk," katanya.

Beliau menjadi saksi sesi pendengaran awam 'Penilaian Prestasi PBT dan Ahli Majlis Negeri Selangor' oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Bangunan Annex di sini hari ini.

Selcat dipengerusikan ADN Sekinchan Ng Suee Lim dan ahli jawatankuasa terdiri ADN Hulu Kelang Saari Sungib, ADN Banting Lau Weng San, ADN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin, ADN Sungai Air Tawar Rizam Ismail dan ADN Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619