AGENSI

Ahli majlis digesa kerap turun padang, dengar masalah penduduk

20 Feb 2020, 7:22 AM
Ahli majlis digesa kerap turun padang, dengar masalah penduduk

SHAH ALAM, 20 FEB: Ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa kerap turun padang bagi mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk.

Wakil penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) SS25A Petaling Jaya, Lim Chin Chye berkata ahli majlis perlu menggunakan pelbagai medium untuk berkomunikasi bukan bergantung kepada media sosial atau elektronik sahaja.

"Penduduk Petaling Jaya ada pelbagai lapisan umur dan latar belakang pendidikan malah ada yang lebih gemar berinteraksi secara langsung dengan ahli majlis," katanya.

Beliau menjadi saksi sesi pendengaran awam 'Penilaian Prestasi PBT dan Ahli Majlis Negeri Selangor' oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Bangunan Annex di sini, hari ini.

Selcat dipengerusikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan Ng Suee Lim manakala ahli jawatankuasa terdiri ADN Hulu Kelang Saari Sungib, ADN Banting Lau Weng San, ADN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin, ADN Sungai Air Tawar Rizam Ismail dan ADN Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Sementara itu wakil penduduk Zon 5 Damansara Utama, Habeeb Rahman Anwardeen berkata ahli majlis berperanan sebagai penghubung antara penduduk dengan PBT.

"Ahli majlis perlu menjadi lebih interaktif dan senang dihubungi persatuan penduduk pada bila-bila masa," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619