PBT

Had maksimum parkir dua jam mudahkan urusan

19 Feb 2020, 6:34 AM
Had maksimum parkir dua jam mudahkan urusan

PETALING JAYA, 19 FEB: Sistem parkir maksimum dua jam wajar dilaksanakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Jalan Seksyen 52/2 New Town bagi memudahkan orang ramai berurusan di kawasan itu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R Rajiv berkata pelaksanaan sistem itu perlu kerana kawasan parkir terhad disebabkan dipenuhi kenderaan dari pagi sehingga petang dan menyukarkan orang lain yang mahu berurusan di bangunan berhampiran.

"Pada Disember lalu saya mengadakan sidang media meminta maklum balas orang awam dan penduduk sekitar berhubung hal ini dan masing-masing menyokong sistem letak kenderaan dua jam.

"Malah, tidak kurang juga ada yang menghantar e-mel berharap sistem itu dilaksanakan segera supaya mereka turut dapat meletak kenderaan jika mempunyai urusan di kawasan itu," katanya ketika sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Bukit Gasing.

Katanya mekanisme pembayaran bergantung kepada MBPJ sama ada tetap mengenakan bayaran RM0.60 atau tindakan saman dikenakan jika meletak kenderaan lebih dua jam.

"Diharap sistem ini dilaksanakan segera supaya lebih ramai penduduk berpeluang meletak kenderaan di situ," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619