AGENSI

Juwairiya: Ibu dinasihat kawal emosi atasi kes dera anak

17 Feb 2020, 9:01 AM
Juwairiya: Ibu dinasihat kawal emosi atasi kes dera anak

SHAH ALAM, 17 FEB: Wanita bergelar ibu perlu bijak mengawal emosi bagi mengurangkan kes penderaan anak kandung, kata pengerusi Institut Wanita Berdaya.

Enggan membandingkan status ibu kandung atau tiri, Juwairiya Zulkifli berkata golongan itu seharusnya membentuk suasana positif dan selamat kepada anak-anak.

"Saya juga meminta masyarakat memainkan peranan masing-masing dengan mengambil tahu antara satu sama lain bagi mengelak kes penderaan berlaku dalam kejiranan mereka," katanya.

Pada 14 Februari lalu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membentangkan statistik menunjukkan lebih 39 peratus atau 192 kes daripada 685 kes dera dilakukan ibu kandung pada tahun lalu.

Golongan bapa pula mencatatkan 158 kes atau 32 peratus, pengasuh taska atau penjaga pusat jagaan membabitkan 29 kes (enam peratus), manakala kes melibatkan ibu tiri hanya tiga peratus atau 15 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619