AGENSI

Pengarah JKM Selangor dinobat tokoh martabat golongan OKU

15 Feb 2020, 2:47 PM
Pengarah JKM Selangor dinobat tokoh martabat golongan OKU

SHAH ALAM, 15 FEB: Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor Mohamad Hanafi Maulud dinobat sebagai Tokoh Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Selangor pada satu majlis di Hotel De Palma di sini hari ini.

Pernah menjadi panel utama bagi sesi pembentangan berkaitan orang kelainan upaya (OKU) Malaysia di Jepun pada 2000, Mohamad Hanafi tidak jemu membantu golongan OKU hingga mendapat tempat dalam masyarakat.

"Saya masih ingat pada sekitar tahun 1960 hingga 1970-an, ramai insan istimewa ini dibiarkan tanpa diberi bimbingan khusus. Mereka dibiar berkeliaran di jalan raya, sehingga jiran tetangga menganggap OKU seperti gangguan.

"Tetapi kini keadaan sudah berubah, dengan adanya PDK ia membantu ibu-bapa melatih anak OKU berdikari malah sudah mampu bekerja," kata Mohamad Hanafi Maulud yang turut terlibat menubuhkan empat PDK di Johor pada 1992.

Terdahulu Mohamad Hanafi menerima sijil dan cenderamata yang disampaikan EXCO kebajikan, Dr Siti Mariah Mahmud.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619