ADN

EXCO: Usul tambah elaun petugas PDK Selangor

15 Feb 2020, 12:31 PM
EXCO: Usul tambah elaun petugas PDK Selangor

SHAH ALAM, 15 FEB: Cadangan menaikkan elaun kakitangan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di negeri ini akan diusulkan kepada Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

EXCO Kebajikan Dr Siti Mariah Mahmud berharap perkara itu akan diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2021.

"Sekarang elaun yang diterima penyelia PDK ialah RM1,200 sementara petugas hanya RM800 sedangkan pengorbanan mereka terhadap orang kelainan upaya amat besar.

"Difahamkan Johor sudah melaksanakan penambahan elaun sebanyak RM200 dan saya berharap Selangor juga dapat mempertimbangkan hasrat ini," katanya selepas menyampaikan anugerah PDK Selangor di Hotel De Palma di sini hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619