AGENDA

Pelbagai usaha dirangka tangani ancaman siber

11 Feb 2020, 7:13 AM
Pelbagai usaha dirangka tangani ancaman siber

PUTRAJAYA, 11 FEB: Kerajaan giat melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani ancaman dan jenayah siber termasuk mengukuhkan prasarana keselamatan siber dan mengawal selia ekosistem komunikasi dan multimedia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pelan Strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) 2019-2023 diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai penggunaan peranti digital secara berhemah.

Dr Wan Azizah berkata Projek Rintis Pensijilan Profesional Modular Keselamatan Siber pula diperkenalkan bagi meningkatkan dan memperkukuhkan golongan berkemahiran dalam bidang keselamatan siber dan Industri 4.0.

"Dengan wujudnya projek ini, sedikit sebanyak ia dapat menaik taraf kompetensi pengamal keselamatan siber sedia ada, memupuk golongan profesional keselamatan siber berwibawa yang baharu serta meningkatkan daya saing dalam mempertahankan keselamatan siber negara,” katanya pada Hari Keselamatan Internet (SID) 2020 – Edisi Malaysia di sini hari ini.

Dr Wan Azizah berkata kebergantungan kepada teknologi membawa kepada pelbagai cabaran baharu termasuk elemen keselamatan siber.

"Kini jenayah siber, keganasan siber dan peperangan siber yang berlaku di alam maya juga mempunyai impak yang besar di alam fizikal, yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan negara," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619