AGENSI

Maqis Selangor patahkan cubaan seludup pokok hiasan dari China

10 Feb 2020, 2:39 AM
Maqis Selangor patahkan cubaan seludup pokok hiasan dari China

SHAH ALAM, 10 FEB: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya mematahkan cubaan seludup pokok hiasan pelbagai spesies dianggarkan bernilai RM88,000 di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat pada 23 Januari lalu.

Pengarah Maqis Selangor Dr Tarmisal Alimin berkata pokok yang diimport menerusi kontena dari China itu dirampas atas kesalahan tidak mematuhi syarat import permit, lapor Sinar Harian.

"Suspek boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya," katanya yang turut memaklmumkan kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619