EXCO

Smart Selangor Parking sasar sejuta pengguna

8 Feb 2020, 5:33 AM
Smart Selangor Parking sasar sejuta pengguna

SHAH ALAM, 8 FEB: Kerajaan Negeri menyasarkan sejuta pengguna aplikasi pintar Smart Selangor Parking (SSP) pada tahun ini, kata EXCO kerajaan tempatan dan pengangkutan awam.

Ng Sze Han berkata, orang ramai perlu memanfaatkan sepenuhnya aplikasi tersebut berbanding kaedah lama menggunakan kupon atau wang syiling bagi membayar parkir.

"Kita turut menawarkan kredit tambahan percuma bagi menggalakkan masyarakat menggunakannya.

"Jika menambah nilai RM100 mereka akan diberi kredit RM3 manakala RM1 bagi tambah nilai RM50," katanya kepada SelangorKini hari ini.

SSP diperkenalkan pada Julai 2018 kini menjadi aplikasi parkir nombor satu negara dengan 10 daripada 12 pihak berkuasa tempatan di Selangor menggunakan aplikasi tersebut, selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619