AGENDA

Malaysia tidak berisiko alami kemelesetan ekonomi

6 Feb 2020, 1:20 PM
Malaysia tidak berisiko alami kemelesetan ekonomi

PUTRAJAYA, 6 FEB: Malaysia tidak berdepan sebarang risiko untuk mengalami kemelesetan walaupun kerajaan berhasrat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi, kata menteri kewangan.

Lim Guan Eng berkata pakej yang diumumkan susulan penularan koronavirus 2019 untuk memastikan pertumbuhan ekonomi adalah mampan.

Tanpa mendedahkan tarikh pengumuman pakej tersebut, beliau berkata satu mesyuarat akan diadakan dengan wakil sektor paling terjejas bagi mengumpulkan maklumat.

Ditanya sama ada pakej rangsangan akan meliputi aspek seperti rebat cukai dan pengurangan kos tenaga, Guan Eng berkata: "Semua ini akan diambil kira dan dipertimbangkan."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Surat Penamatan Bersama yang ditandatangani Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak dan DanaInfra Nasional Bhd melibatkan bahagian Sarawak bagi Lebuhraya Pan-Borneo serta surat penamatan bersama bagi membatalkan perjanjian pembiayaan projek terdahulu.

Dalam satu kenyataan semalam, Guan Eng berkata Kementerian Kewangan amat prihatin dengan penularan koronavirus yang memberi kesan kepada ekonomi secara amnya dan sektor pelancongan Malaysia secara khususnya.

"Kementerian Kewangan dipertanggungjawabkan oleh Kabinet untuk merancang pakej rangsangan ekonomi bagi menangani impak ekonomi akibat kesan penularan koronavirus ini yang akan diumumkan pada satu tarikh kelak," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619