AGENDA

Bangunkan kawasan pertanian tidak terancang di Johan Setia

6 Feb 2020, 11:28 AM
Bangunkan kawasan pertanian tidak terancang di Johan Setia

SHAH ALAM, 6 FEB: Kerajaan Negeri akan membangunkan kawasan pertanian tidak terancang di Johan Setia kepada projek perumahan dan komersial atau pertanian moden, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pelan jangka panjang itu untuk mengatasi isu pembakaran terbuka tanah gambut di kawasan berkenaan yang berlarutan sejak sekian lama.

"Antara pertimbangan Kerajaan Negeri adalah mewujudkan perumahan tersusun atau pusat komersial. Ada juga cadangan supaya kawasan ini kita tukar kepada pusat pertanian moden," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Beliau berkata, pelan tersebut akan dikaji jawatankuasa khas yang dipengerusikan EXCO Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pertanian Ir Izham Hashim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619