SELANGOR

Maqis rampas 9,000kg anak benih kelapa Vietnam

3 Feb 2020, 3:46 AM
Maqis rampas 9,000kg anak benih kelapa Vietnam

SHAH ALAM, 3 FEB: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyita 9,000 kilogram anak benih pokok kelapa dari Vietnam yang berpenyakit di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat pada Sabtu.

Pengarah Maqis Selangor, Dr Tarmisal Alimin anak benih dianggarkan bernilai RM42,501 dirampas ketika pemeriksaan rutin harian dijalankan penguat kuasa, lapor Sinar Harian.

"Hasil pemeriksaan ke atas anak benih berkenaan mendapati ada sebahagian daripada mempunyai perosak (kulat) semasa masuk ke dalam negara ini.

"Keluaran pertanian yang diimport berpenyakit merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa di bawah Seksyen 14 (b) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619