PBT

MDKS tawar diskaun 50 peratus kompaun letak kereta

31 Jan 2020, 2:37 AM
MDKS tawar diskaun 50 peratus kompaun letak kereta

SHAH ALAM, 31 JAN: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menawarkan diskaun 50 peratus bagi kompaun tempat letak kereta bermula 1 hingga 29 Februari ini.

Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, orang ramai digesa merebut peluang berkenaan ekoran MDKS akan memulakan proses pendakwaan terhadap individu yang gagal melunaskannya selepas tawaran berakhir.

"Setiap kompaun melebihi tempoh 24 jam dari tarikh kenderaan dikenakan tindakan, layak mendapat tawaran ini.

"Bagaimanapun ia tidak termasuk untuk kompaun berharga RM10 (iaitu bayaran serta merta di dalam tempoh 24 jam)," katanya dalam kenyataan.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Perundangan MDKS di talian 09-32897385 sambungan 30, 31 atau 32.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619