SELANGOR

Kerajaan Persekutuan fokus selesai persempadanan di Lembah Klang

28 Jan 2020, 9:48 AM
Kerajaan Persekutuan fokus selesai persempadanan di Lembah Klang

PUTRAJAYA, 28 JAN: Kementerian Wilayah Persekutuan memberi fokus utama kepada penyelesaian isu permasalahan persempadanan di Lembah Klang yang akan dilaksanakan tahun ini.

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata terdapat 18 isu berkaitan persempadanan melibatkan Kuala Lumpur dan Selangor yang tidak dimuktamadkan sejak sekian lama dan perkara itu kini dalam perhatian Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan dan PTG Selangor.

“Cadangan ini diserahkan PTG Selangor untuk diselesaikan dan kita menelitinya. Semua pihak memberi pandangan dan respons, kita harap isu persempadanan dimuktamadkan secara rasmi,” katanya dalam temu bual bersama media sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 di sini hari ini.

Khalid berkata isu berkenaan perlu diselesaikan segera bagi mengelak kekeliruan antara pihak berkuasa tempatan sekali gus memastikan masyarakat mendapat perkhidmatan terbaik dan tiada kawasan diabaikan.

"(Contohnya timbul persoalan apabila) pihak berkuasa mana yang nak bertindak jika parit tersumbat? ... jadi berbalah, ini KL atau Selangor (yang bertanggungjawab untuk ambil tindakan) begitu juga dengan penyelenggaraan jalan raya," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619