EXCO

Dasar Kelulusan 100 Hari beri manfaat kepada belia

26 Jan 2020, 8:58 AM
Dasar Kelulusan 100 Hari beri manfaat kepada belia

SHAH ALAM, 26 JAN: Dasar Kelulusan 100 Hari akan membuka banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada belia di Selangor, kata EXCO pembangunan generasi muda sukan dan pembangunan modal insan.

Mohd Khairuddin Othman berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan golongan berkaitan sebaliknya sentiasa memastikan setiap dasar dilaksanakan akan memberi manfaat kepada mereka.

"Dasar Kelulusan 100 Hari lebih kepada usaha untuk menarik pelabur dari dalam dan luar negara. Dasar ini akan mempercepatkan proses pembangunan di Selangor.

"Jadi ini kita harapkan ada pelabur atau pemaju yang membantu Kerajaan Negeri, terutamanya dalam aspek pembangunan kemudahan sukan dan peluang pekerjaan," katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan Dasar Kelulusan 100 Hari bagi proses pembangunan tanah berkuat kuasa serta-merta dan ia bertujuan mempercepatkan kelulusan berbanding sekitar sembilan bulan sebelum ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619