AGENDA

8,000 anggota bomba bertugas sempena Tahun Baharu Cina

22 Jan 2020, 8:47 AM
8,000 anggota bomba bertugas sempena Tahun Baharu Cina

IPOH, 22 JAN: Lebih 8,000 anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditugaskan sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Soiman Jahid berkata ia bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin sepanjang musim perayaan yang akan disambut Sabtu ini.

"Di samping kita menjalankan rondaan di jalan dan lebuh raya utama, kita juga akan membuat pemeriksaan di premis perniagaan yang dikunjungi orang ramai bagi memastikan ia selamat dikunjungi.

"Untuk di lebuh raya kita tiada 'hotspot', kita biasanya mendapatkan maklumat di mana keperluan untuk pasukan bomba bersiap sedia termasuk di plaza tol atau kawasan rehat dan rawat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Latihan dan Pengukuhan Pemantapan Jati Diri dan Khidmat Sosial JBPM di Rumah Warga Emas Ikhtiar Selesa Villa di sini, hari ini.

Pada majlis itu, JBPM Perak serta kakitangan Cawangan Pengurusan Kewangan JBPM menjalankan gotong-royong membersih dan mengecat kawasan rumah jagaan itu serta memberi sumbangan berupa barangan keperluan sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Rumah Warga Emas Ikhtiar Selesa Villa yang ditubuhkan pada tahun 1999 itu mempunyai 17 orang penghuni tetap.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619