AGENDA

150 kontena sisa pepejal plastik dihantar ke negara asal pengeksport

21 Jan 2020, 1:47 AM
150 kontena sisa pepejal plastik dihantar ke negara asal pengeksport

SHAH ALAM, 21 JAN: Malaysia menghantar pulang 150 kontena sisa pepejal plastik dengan anggaran 3,737 matrik tan ke negara asal pengeksport sejak suku ketiga tahun lalu, lapor Harian Metro.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata penghantaran balik kontena terbabit tidak membabitkan implikasi kewangan pada kerajaan.

Semua kontena terbabit katanya dihantar melalui tiga pelabuhan utama negara iaitu Pelabuhan Barat dan Utara Klang, Pulau Pinang serta Sarawak.

"Kos penghantaran balik kontena sisa pepejal plastik ini ditanggung pihak pengimport atau syarikat perkapalan dan ini pertama kali dalam sejarah negara ia dihantar secara skala besar," katanya semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619