AGENDA

114 ditahan ketika upacara angkat sumpah geng kongsi gelap

20 Jan 2020, 11:59 PM
114 ditahan ketika upacara angkat sumpah geng kongsi gelap

KUALA LUMPUR, 21 JAN: Seramai 114 individu ditahan polis semasa menyertai upacara angkat sumpah ahli kumpulan kongsi gelap Double Seven pada Sabtu lalu.

Perkara berkenaan disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata ketua kumpulan kongsi gelap berkenaan turut ditahan dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman ke atas sebuah premis di Jalan Genting Klang, di sini.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa bilah pedang samurai dan barangan lain yang digunakan dalam upacara angkat sumpah untuk menyertai kumpulan kongsi gelap berkenaan.

"Daripada jumlah itu, 107 orang merupakan lelaki selain seorang wanita warga tempatan sementara lima lelaki serta seorang wanita lagi merupakan warga Singapura," katanya.

Menurut Huzir, kesemua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan disiasat mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Beliau berkata kesemua suspek sedang diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619