BERITA UTAMA

Komited lahir atlet prestasi tinggi, kekal negeri sukan terulung

16 Jan 2020, 1:08 PM
Komited lahir atlet prestasi tinggi, kekal negeri sukan terulung

SHAH ALAM 16 JAN: Kerajaan Negeri komited melahirkan atlet berprestasi tinggi menerusi pelbagai program pembangunan sukan.

EXCO Sukan, Mohd Khairuddin Othman berkata ia selaras dasar Kerajaan Negeri untuk terus menjadi penyumbang utama kutipan pingat negara dalam kejohanan antarabangsa.

"Kita mahukan Selangor kekal sebagai negeri sukan terulung. Bantuan dan komitmen Kerajaan Negeri dalam penyediaan peralatan sukan banyak membantu meningkatkan mutu pembangunan sukan.

"Kita juga sentiasa bekerja rapat dengan Majlis Sukan Negeri Selangor untuk meningkatkan prestasi sukan," katanya berucap pada Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Atlet Selangor dalam Sukan Sea ke-30 di Filipina, di sini, hari ini.

Penyerahan insentif kemenangan itu disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Mohd Khairuddin berkata insentif kemenangan itu diharap memberi motivasi kepada atlet untuk mencipta lebih banyak kejayaan.

"Atlet juga jangan cepat berpuas hati sebaliknya perlu berusaha lebih gigih meningkatkan prestasi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619