AGENSI

Maqis rampas produk babi tidak patuh syarat import

16 Jan 2020, 4:34 AM
Maqis rampas produk babi tidak patuh syarat import

SHAH ALAM, 16 JAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan mengimport produk babi dari Sepanyol bernilai RM552,752.63 juta dalam operasi di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat pada 8 Januari lalu.

Pengarahnya Dr Tarmisal Alimin berkata produk haiwan seberat 11,339 kilogram didapati tidak mematuhi syarat import permit dan tidak menepati ciri-ciri kebersihan.

"Produk ini ditahan kerana tidak mematuhi syarat import permit ditetapkan. Maqis sentiasa teliti menjalankan pemeriksaan bagi memastikan setiap kemasukan dagangan ke dalam Malaysia selamat dan berkualiti," katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619