AGENDA

Sarapan percuma diteruskan, hanya untuk pelajar miskin

16 Jan 2020, 4:22 AM
Sarapan percuma diteruskan, hanya untuk pelajar miskin

SHAH ALAM, 16 JAN: Program Sarapan Pagi (PSP) akan diteruskan seperti dijadual pada Isnin ini, kata perdana menteri.

Bagaimanapun, program itu dikhususkan kepada pelajar yang tidak berkemampuan sahaja, lapor Berita Harian.

"Kita akan teruskan program yang ada sekarang kepada mereka yang tidak mampu, tapi nak bagi kepada semua bermakna mereka yang ada duit, kaya dan makan di rumah pun dapat juga. Itu tidak adil," kata Tun Dr Mahathir selepas merasmikan Kompleks Balai Islam Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena Ulang Tahun Ke-70 TNB di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan menjelaskan pelaksanaan PSP untuk murid sekolah rendah dibuat secara berfasa dengan tumpuan kepada sekolah yang merekodkan jumlah murid dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) tertinggi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619