SELANGOR

Penjawat awam diingatkan terus berusaha, tidak merasa selesa

14 Jan 2020, 7:10 AM
Penjawat awam diingatkan terus berusaha, tidak merasa selesa

GOMBAK, 14 JAN: Penjawat awam di Selangor diingatkan tidak merasa selesa dengan kejayaan yang dicapai sekarang kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari sebaliknya berkata penjawat awam di negeri ini perlu sentiasa berusaha ke arah lebih baik serta menjadi contoh kepada penjawat awam di negeri lain.

"Kita mahu penjawat awam negeri ini menjadi contoh serta dihormati. Malah, kalau boleh penjawat awam negeri ini juga disegani sampai ke luar negara.

"Selain itu, kita mahu penjawat awam negeri ini mampu bersaing di peringkat global serta menjadi panduan kepada negara lain," katanya berucap pada Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Gombak di sini hari ini.

Amirudin berkata penjawat awam di negeri ini perlu meningkatkan kemampuan diri serta bersedia berdepan dunia yang semakin mencabar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619