BERITA UTAMA

MB: Bekalan vaksin Influenza A cukup

14 Jan 2020, 6:42 AM
MB: Bekalan vaksin Influenza A cukup

GOMBAK 14 JAN: Bekalan vaksin Influenza A di hospital dan klinik kerajaan serta swasta di negeri ini adalah mencukupi, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata beliau sendiri sudah menghubungi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berhubung perkara itu dan Kementerian Kesihatan memberi jaminan bekalan vaksin Influenza A adalah mencukupi.

"Sebelum ini klinik swasta ada kehabisan bekalan vaksin, tetapi saya dimaklumkan oleh menteri kesihatan bahawa bekalan sebenarnya cukup, tetapi berlaku pembelian panik.

"Mungkin masyarakat terperanjat, jadi ramai ambil vaksin. Kita jangka bekalan vaksin akan kembali stabil pada minggu ini," katanya ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Gombak di sini, hari ini.

Amirudin berkata beliau sudah mengarahkan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud untuk memantau perkembangan Influenza A dari semasa ke semasa.

"Jika ada perkembangan kurang baik berhubung penularan virus ini atau berkaitan vaksin, kita akan ambil tindakan sewajarnya.

"Namun, isu membabitkan penularan virus ini membuka mata masyarakat betapa pentingnya vaksin kepada tubuh kita," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619