AGENDA

Sembilan kes influenza direkodkan di Setiu

13 Jan 2020, 12:29 AM
Sembilan kes influenza direkodkan di Setiu

KUALA TERENGGANU, 13 JAN: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan dua kluster penyakit seperti influenza (ILI) melibatkan sembilan kes berusia lingkungan tiga hingga 38 tahun bagi tempoh 5-7 Jan lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata kedua-dua kluster tersebut berlaku di daerah Setiu melibatkan dua keluarga yang berbeza.

"Daripada sembilan orang yang dilaporkan dijangkiti influenza itu, lima kes positif influenza A, tiga kes positif influenza B manakala seorang lagi tidak dikenal pasti kerana tidak membuat ujian.

"Kesemua kes telah disahkan oleh fasiliti swasta dan kesemua mereka telah diberi rawatan tamiflu. Keadaan semua kes adalah stabil dan tidak dimasukkan ke wad hospital ketika ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jabatan Kesihatan negeri dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu akan terus memantau kejadian itu dan kluster ILI adalah terkawal setakat ini, menurutnya.

Sehubungan itu, orang awam dinasihat menjaga kebersihan diri dan sekiranya mengalami batuk dan bersin, mereka perlu segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik manakala golongan berisiko dinasihat untuk mendapatkan vaksin influenza di klinik swasta.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619