AGENDA

KBS fokus tingkat infrastruktur sukan luar bandar

12 Jan 2020, 1:38 PM
KBS fokus tingkat infrastruktur sukan luar bandar

KOTA BHARU, 12 JAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberikan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur sukan di kawasan luar bandar untuk dimanfatkan oleh masyarakat setempat.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ia bagi memastikan peruntukan untuk membina dan menaik taraf infrastruktur sukan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar.

"KBS memberi tumpuan kepada sukan luar bandar dan menambah baik infrastruktur di kawasan itu berikutan banyak negeri yang mempunyai kawasan luar bandar dan separuh bandar yang memerlukan infrastruktur yang baik.

"Sebagai contoh kami akan menambaik baik dewan, gelanggang futsal dan sebagainya di kawasan luar bandar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Amanat dan Sijil kepada Youth Power Club (YPC) di Kompleks Belia dan Sukan negeri Kelantan di sini, hari ini.

Syed Saddiq berkata tumpuan akan diberikan di kawasan luar bandar yang mempunyai jumlah belia yang ramai agar infrastruktur sukan dapat dimanfaat sepenuhnya.

"Pembinaan sesuatu kompleks sukan… pihak kami akan melihat kepada keperluan di kawasan itu, jika perlu, kami akan usaha yang terbaik.

"Sebagai contoh di Sabah, kawasan sangat luas dan penduduk tidak tertumpu di satu tempat, apabila kita bina satu infrastruktur besar namun tidak boleh dimanfaatkan oleh ramai masyarakat, jadi kami bina infrastruktur yang kecil akan tetapi boleh dimanfaatkan lebih ramai masyarakat," katanya.

Katanya begitu juga dalam aspek penganjuran program, belia ketika ini tidak mahu satu program yang berskala besar namun mereka mahu program berskala kecil tetapi ia diperbanyakkan di seluruh kawasan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619