AGENDA

Hospital pakar rawat lebih 50 kes influenza minggu ini

11 Jan 2020, 11:52 AM
Hospital pakar rawat lebih 50 kes influenza minggu ini

SHAH ALAM, 11 JAN: Hospital Pakar Ampang Puteri merawat lebih 50 kes influenza minggu ini susulan penularan virus berkenaan di negara ini.

Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Penyakit Berjangkitnya Dr Muhamad Yazli Yuhana berkata jumlah itu lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

"Hospital mencatat lebih banyak kes berbanding tahun sebelumnya. Justeru, kami berharap masyarakat mengambil langkah pencegahan untuk melindungi diri dan keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga menggesa masyarakat lebih peka terhadap suntikan vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera jika mengalami batuk atau selsema.

Sementara itu, FMT melaporkan pusat perubatan swasta di Subang Jaya, Ara Damansara dan Desa ParkCity menerima lebih banyak kes berbanding kebiasaan.

Selain itu, Hospital Assunta dan Pusat Perubatan Thomson di Petaling Jaya turut memaklumkan sudah kehabisan katil, manakala Pusat Pakar Damansara masih menunggu bekalan ubat influenza.

Tinjauan Harian Metro di beberapa klinik swasta sekitar Kuala Lumpur dan Selangor turut mendapati terdapat peningkatan berganda terhadap vaksin berkenaan.

Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri memaklumkan tiada kes baharu dilaporkan di Selangor berhubung influenza A setakat ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619