PBT

MBPJ tumpu 14 lokasi panas cegah denggi

10 Jan 2020, 9:58 AM
MBPJ tumpu 14 lokasi panas cegah denggi

PETALING JAYA, 10 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengenal pasti 14 lokasi panas bagi menangani kes denggi di kawasan pentadbirannya.

Unit kawalan vektornya berkata tindakan pengawasan berterusan dijalankan bagi mengatasi masalah itu berikutan kes terbabit agak tinggi di sini termasuk di peringkat negeri.

Katanya, kawasan tumpuan itu adalah di PJU 1A (Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar Lembah Subang), PJU 9 SD 3, PJU SD 12, PJU 10, SS 2, SS 6, SS 7, SS 20, Seksyen 17, 20, 51 A, PJS 2C (Pangsapuri Medan Cahaya), PJS 2B (Pangsapuri Desa Mentari) dan PJS 5 (Pangsapuri Desa Ria).

"Sebanyak 130,000 kes denggi direkodkan di seluruh negara tahun lalu iaitu dua kali ganda berbanding 78,066 kes pada 2018 dan daripada jumlah itu, Selangor menyumbang separuh daripada keseluruhan kes.

"Manakala Petaling merupakan daerah dengan kes denggi tertinggi di negeri ini,” katanya.

Selangor mencatatkan kes denggi tertinggi dengan 2,828 kes sejak 29 Disember tahun lalu hingga 8 Januari, menurut statistik Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan Kementerian Kesihatan.

Ia merekodkan 303 kes pada 8 Januari lalu iaitu ketiga tertinggi selepas Johor (346) dan Kuala Lumpur (326).

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai mengambil langkah pencegahan dan kawalan supaya aliran pertambahan kes denggi dapat dibendung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619