AGENDA

Unit rehabilitasi mudahkan penduduk PJ dapat rawatan

9 Jan 2020, 2:54 PM
Unit rehabilitasi mudahkan penduduk PJ dapat rawatan
Unit rehabilitasi mudahkan penduduk PJ dapat rawatan

PETALING JAYA, 9 JAN: Kewujudan Unit Rehabilitasi Bilik Lavender, Klinik Kesihatan Taman Medan mengatasi masalah penduduk sekitar Petaling Jaya bagi mendapatkan rawatan perubatan, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya.

Maria Chin Abdullah berkata pembinaan unit itu dirancang berikutan ketiadaan pusat rawatan seperti itu dan memanfaatkan kepada kira-kira 350,000 penduduk terutama di Taman Medan, Seri Setia dan Bukit Gasing.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM58,000 bagi tujuan itu dan memberi kemudahan kepada pesakit memerlukan rawatan fisioterapi khususnya diabetes, obesiti dan stroke.

"Di Petaling Jaya kita hanya ada PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) dan agak mahal untuk pesakit mendapatkan rawatan malah Hospital Sungai Buloh pula agak jauh sekali gus menyukarkan mereka mahu bergerak.

"Justeru, saya terfikir untuk membina unit ini di Klinik Kesihatan Taman Medan dan mereka yang berdekatan boleh ke sini dengan kos perjalanan juga jimat," katanya.

[caption id="attachment_377193" align="aligncenter" width="670"] Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah melihat kelengkapan pada perasmian unit rehabilitasi Bilik Lavender di Klinik Kesihatan Taman Medan, Petaling Jaya pada 9 Januari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian ketika ditemui SelangorKini selepas merasmikan unit berkenaan di sini, hari ini.

Unit rehabilitasi berkeluasan kira-kira 55.74 meter persegi itu dilengkapi dengan kelengkapan asas fisioterapi dan mampu memuatkan 16 pesakit dalam satu-satu masa.

Beroperasi setiap hari kecuali Ahad bermula jam 8 pagi hingga 9.30 malam dan antara aktiviti diadakan adalah kelas fisioterapi, senaman dan ceramah motivasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619