ADN

Kemudahan kondusif di Bukit Gasing

8 Jan 2020, 6:23 AM
Kemudahan kondusif di Bukit Gasing

SHAH ALAM, 8 JAN: Penduduk Bukit Gasing bakal menikmati kemudahan lebih baik apabila rancangan tempatan di kawasan berkenaan diluluskan.

Ahli Dewan Negerinya berkata kebanyakan kawasan tidak memiliki laluan pejalan kaki dan jejantas yang mengundang bahaya kepada orang ramai.

"Hasrat ini sudah diusulkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan jika dilaksanakan, ia akan memberi manfaat kepada sebahagian besar penduduk," kata Rajiv Rishyakaran ketika dihubungi.

Beliau turut memaklumkan akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan untuk meningkatkan jumlah bas bagi menambah kekerapan perjalanan.

Mengulas penjaja tidak berlesen di pinggir jalan raya, Rajiv merancang untuk memindahkan mereka ke kawasan bersesuaian dan berusaha mendapatkan permit.

Beliau juga mengalu-alukan orang ramai untuk mengemukakan idea transformasi atau aduan melalui e-mel rajiv@bukitgasing.my.

Bukit Gasing yang mempunyai hampir 44,000 pengundi meliputi kawasan PJ 1, 1A, 5 hingga 13, sebahagian Seksyen 14, 15 hingga 18 dan 52.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619