AGENDA

KKM keluar 2,312 notis kesalahan merokok

6 Jan 2020, 9:53 AM
KKM keluar 2,312 notis kesalahan merokok

SHAH ALAM, 6 JAN: Sebanyak 2,312 notis kesalahan merokok dengan nilai kompaun RM554,400 dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh lima hari sejak dikuatkuasakan 1 Januari lalu.

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham berkata, 1,702 daripadanya membabitkan kesalahan merokok di tempat makan dibawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.

"Hasil pemeriksaan di 29,903 premis tempat makan seluruh negara, sebanyak 400 notis kesalahan di bawah Peraturan 12 (1)(a) iaitu Tuan Punya Premis gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan 92 notis kesalahan di bawah Peraturan 12(1)(b) iaitu Tuan Punya Premis menyediakan kemudahan merokok.

"KKM juga mengeluarkan 118 notis kesalahan di bawah Peraturan 13(1) iaitu larangan berkenaan merokok dan sebagainya kepada golongan orang belum dewasa iaitu di bawah usia 18 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham bagaimanapun berkata, jumlah notis yang dikeluarkan pegawai penguatkuasa pada hari pertama sehingga ketiga menunjukkan trend menurun daripada 708 kepada 366 setiap hari.

"Namun, jumlah tersebut meningkat pada hujung minggu 4 dan 5 Januari iaitu masing-masing sebanyak 404 serta 441 notis kesalahan. Bagaimanapun, penguatkuasaan yang dijalankan selama lima hari menunjukkan penurunan kepada keseluruhan notis kesalahan yang dikeluarkan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya masih menerima aduan berkaitan larangan merokok itu dan pegawai penguatkuasanya kini sedang dalam tindakan untuk meneruskan siasatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619