BERITA UTAMA

Permatang Kuarza: Tangguh kejar status Unesco, jadi tapak warisan

6 Jan 2020, 7:51 AM
Permatang Kuarza: Tangguh kejar status Unesco, jadi tapak warisan

SHAH ALAM, 6 JAN: Kerajaan Negeri menangguhkan hasrat menjadikan Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS) sebagai tapak Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Sebaliknya, EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan berkata Selangor ingin mewartakan kuarza sepanjang 14 kilometer sebagai Tapak Warisan Kebangsaan, lapor The Star.

"Piawaian sangat ketat membabitkan pensijilan Unesco dan pakar mendapati PKGS belum memenuhi kriteria, justeru kita akan beri perhatian untuk bangunkannya sebagai Tapak Warisan Kebangsaan.

"Dokumen bagi memohon pewartaan itu sedang disediakan untuk dibentangkan kepada Jabatan Warisan Negara," kata Datuk Abdul Rashid Asari.

Katanya Kerajaan Negeri juga akan menumpukan pembangunan kuarza semula jadi sebahagian daripada Geopark Gombak-Hulu Langat bersama 22 lagi geosit di Selangor.

Selain PKGS, beberapa tapak lain turut dipertimbangkan untuk geosit termasuk Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Hutan Simpan Bukit Lagong dan Bukit Broga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619