AGENDA

Liga Super 2020: Saingan sengit menanti Selangor

4 Jan 2020, 3:27 AM
Liga Super 2020: Saingan sengit menanti Selangor

SHAH ALAM, 4 JAN: Selangor memulakan kempen Liga Super Malaysia (MSL) 2020 bertemu empat pasukan yang bakal memberikan saingan hebat musim ini.

Perlawanan pertama pada 29 Februari menyaksikan Selangor akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur bertemu Pahang sebelum kembali ke Shah Alam pada 7 Mac menanti kunjungan Perak.

Terengganu FC bakal menanti kehadiran Gergasi Merah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada perlawanan ketiga pada 11 Mac sebelum bertandang ke Stadium Darul Aman bertemu Kedah pada 15 Mac.

Gergasi Merah akan beraksi empat perlawanan pada Ramadan bertemu UiTM FC dan Felda United di gelanggang sendiri manakala Johor Darul Ta'zim (JDT) dan PDRM di tempat lawan.

Dengan kehadiran beberapa tonggak baharu seperti Brendan Gan, Mohammad Nor Hakim Hassan dan Safuwan Baharudin bergandingan dengan pemain sedia ada dilihat mampu memberikan persembahan terbaik musim ini.

Kemasukan Michael Feichtenbeiner sebagai Pengarah Teknikal Selangor juga mampu memberikan sumbangan besar kepada skuad bimbingan B Sathianatan dalam misi menjulang kejuaraan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619