AGENDA

Guru tabika cedera disamun dalam kelas

1 Jan 2020, 11:47 PM
Guru tabika cedera disamun dalam kelas

MERSING, 2 JAN: Seorang guru wanita cedera di bahagian hidung selepas diserang dan disamun seorang individu di sebuah tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Felda Tenggaroh 1, di sini, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing ASP Mohd Nor Mohd Isa berkata kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari ketika guru itu sedang bersendirian, selepas pembantu dan murid di tabika berkenaan pulang.

Beliau berkata mangsa berusia 40 tahun kemudian didatangi seorang lelaki bertopeng yang bersenjatakan pisau.

"Suspek juga melarikan beg tangan mangsa yang mengandungi dokumen peribadi serta wang tunai.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian hidung dirujuk ke Hospital Mersing bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619