AGENDA

Ketua Armada BERSATU Tanjung Malim maut kemalangan

31 Dis 2019, 3:25 AM
Ketua Armada BERSATU Tanjung Malim maut kemalangan

TAPAH, 31 DIS: Ketua Armada BERSATU Tanjung Malim Luth Ishak, maut selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori, di Kilometer 315, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata dalam kemalangan kira-kira pukul 6.15 pagi itu, Luth, 34, yang duduk di bahagian penumpang hadapan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton, maut di lokasi.

Katanya kemalangan dipercayai berlaku, apabila lori yang membawa muatan telur ayam dan kekacang dalam perjalanan ke selatan, menukar haluan dari lorong kanan ke lorong kiri, sebelum melanggar bahagian kanan Mitsubishi Triton.

"Pemandu Triton seorang lelaki mengalami cedera ringan, dua lagi penumpang belakang termasuk seorang anggota Unit Ronda Bermotosikal Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah cedera parah, manakala pemandu lori patah kaki kiri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Azharuddin berkata mayat Luth dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619