ADN

Hanya 1,400 pemilik ada lesen pelihara anjing

28 Dis 2019, 4:31 AM
Hanya 1,400 pemilik ada lesen pelihara anjing
Hanya 1,400 pemilik ada lesen pelihara anjing

KLANG, 28 DIS: Hanya 1,400 pemilik anjing di sini direkodkan memiliki lesen memelihara haiwan berkenan sepanjang tahun ini, kata Ahli Dewan Negeri Pandamaran, Tony Leong Tuck Chee.

Katanya, jumlah berkenaan adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan 5,000 anjing yang kini dipercayai sedang dipelihara oleh penduduk Klang.

"Pemilik anjing tidak perlu bimbang kerana bayaran lesen hanyalah RM10 sahaja, namun majoriti mereka gagal mendapatkan lesen kerana tidak mahu memenuhi syarat supaya anjing disuntik vaksin terlebih dahulu.

"Tetapi orang awam perlu tahu bahawa suntikan ini adalah untuk kebaikan haiwan kesayangan mereka, pada masa sama ia melindungi anjing daripada sakit dan mendatangkan bahaya pada orang lain.

"Justeru, saya berharap supaya jumlah lesen pelihara anjing akan meningkat pada 2020," katanya kepada SelangorKini.

[caption id="attachment_374650" align="aligncenter" width="758"] Leong Tuck Chee melawat tapak pameran Program Kesedaran Haiwan Kesayangan, Kucing Angkat Dan Perlesenan Anjing di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 28 Disember 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kesedaran Haiwan Kesayangan Kucing Angkat dan Lesen Anjing anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK), di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, di sini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan MPK, Azmie Muji.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Tony berkata, program berkenaan memberi kemudahan kepada pemilik anjing peliharaan mendapatkan lesen bagi tahun 2020 yang akan berakhir pada 31 Disember ini.

"Pelesenan anjing peliharaan ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah.

"Selain itu, program sebegini dapat meningkatkan pendidikan dan kefahaman dalam kalangan orang ramai berkenaan penjagaan haiwan, khususnya anjing dan kucing.

"Usaha ink turut memastikan supaya persekitaran sihat dan selamat untuk didiami orang awam daripada pelbagai kacau ganggu yang timbul daripada haiwan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619