AGENDA

Sasterawan Negara berkumpul pada majlis Hadiah Sastera Selangor 2019

17 Dis 2019, 12:26 AM
Sasterawan Negara berkumpul pada majlis Hadiah Sastera Selangor 2019

SHAH ALAM, 17 DIS: Anugerah Hadiah Sastera Selangor 2019 menjadi sejarah apabila berjaya menghimpunkan enam Sasterawan Negara terkemuka pada majlis dianjurkan Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) yang dikenali sebagai Media Selangor.

Sasterawan Negara yang hadir ialah Datuk A.Samad Said, Datuk Dr Anuar Rethwan, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Datuk Dr Zurinah Hassan, Prof Dr Siti Zainon Ismail dan Datuk Baha Zain.

Dato' Menteri Besar, Dato Seri Amirudin Shari berkata, majlis Anugerah Hadiah Sastera Selangor 2019 menjadi detik bermakna walaupun penganjurannya baru kali keempat diadakan.

"Saya masih ingat ketika Dr Anuar Rethwan memberikan ulasannya pada tahun pertama penganjuran acara ini, katanya (Dr Anuar Rethwan) walaupun ruangan dalam SelangorKini berbentuk tabloid sangat kecil namun ia memberi ruang kreatif kepada penulis.

"Ruang kecil tetapi garapannya sangat luas, oleh itu saya percaya bahawa anugerah serta ruangan ini perlu dikekal dan diteruskan," katanya.

Amirudin berkata demikian ketika berucap pada majlis Hari Sastera Selangor 2019 bertempat di Black Box SACC Mall di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CCSB, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree yang juga penganjur utama program terbabit.

Acara kali keempat yang dianjurkan sejak 2015 adalah cetusan idea Amirudin ketika menyandang jawatan Exco Kebudayaan negeri.

Hadiah Sastera Selangor bertujuan memupuk kemahiran seni sastera dalam kalangan penulis, khususnya yang masih baru dan belum mendapat tempat di beberapa penerbitan lain.

Pada tahun ini, kira-kira 600 karya bagi kategori esei, cerpen dan sajak diterima SelangorKini dalam tempoh setahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619