AGENSI

19 individu terpilih terima darjah dan bintang kebesaran Selangor

9 Dis 2019, 4:38 AM
19 individu terpilih terima darjah dan bintang kebesaran Selangor

SHAH ALAM, 9 DIS: Seramai 19 individu daripada 958 pencalonan terpilih untuk menerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-74 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada Rabu ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya berkata daripada 19 penerima itu, seorang menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran 'Datuk Setia' pula memilih seorang penerima sahaja.

Sementara itu, sembilan individu menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran 'Datuk', katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata lapan individu lagi menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang turut membawa gelaran 'Datuk'.

Semua penerima melepasi tapisan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (Keselamatan dan Jenayah), Jabatan Insolvensi Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, katanya.

Mohd Amin berkata pada tahun ini, Kerajaan Negeri menerima 2,268 permohonan dan daripada jumlah itu, 958 adalah permohonan pencalonan bagi darjah dan bintang kebesaran.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619