BERITA UTAMA

Selangor melangkaui sasaran, catat pelaburan RM16.4 bilion

4 Dis 2019, 6:40 AM
Selangor melangkaui sasaran, catat pelaburan RM16.4 bilion

SHAH ALAM, 4 DIS: Selangor mencatatkan pelaburan sebanyak RM16.4 bilion dalam sektor pembuatan sepanjang Januari hingga September 2019.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pemakluman Lembaga Pembangunan pelaburan Malaysia (MIDA) itu sekali gus melangkaui sasaran RM10 bilion yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

Katanya, jumlah itu menjadikan Selangor berada di kedudukan teratas antara negeri-negeri yang menerima pelaburan setakat suku ketiga tahun ini.

"Tahun lalu Selangor berjaya mencatatkan pelaburan terbesar sepanjang 30 tahun dengan jumlah pelaburan sebanyak RM18.9 bilion di sebalik kemelut perang dagang Amerika Syarikat-China dan kelembapan ekonomi global.

"Ini membuktikan bahawa kestabilan politik dan pentadbiran Selangor, dasar mesra pelabur Kerajaan Negeri dan kemudahan infrastruktur berkualiti tinggi menjadi antara faktor penarik yang berjaya menambat hati pelabur untuk menjadikan Selangor destinasi pelaburan pilihan mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amirudin berkata, Dasar Kelulusan 100 Hari yang bakal diperkenalkan pada tahun 2020 dijangka menjadi suatu lagi bukti kesungguhan Kerajaan Negeri dalam mempermudahkan perniagaan, menggalakkan pelaburan dan merancakkan potensi ekonomi negeri.

Katanya, kecemerlangan ini diharapkan akan menjadi pendorong kepada Kerajaan Negeri untuk terus bekerja keras bagi meneruskan tradisi Selangor sebagai paksi ekonomi Malaysia di samping menjuarai kemaslahatan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619