AGENSI

Pencemaran sungai di Selangor semakin kurang

26 Nov 2019, 9:33 AM
Pencemaran sungai di Selangor semakin kurang

KLANG, 26 NOV: Peningkatan kesedaran masyarakat terhadap isu alam sekitar menjadi salah satu faktor isu-isu pencemaran sungai semakin berkurangan.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, perkara ini terbukti apabila semakin ramai masyarakat berani tampil membuat aduan jika mereka ternampak sebarang aktiviti mencurigakan.

"Secara keseluruhan, jumlah kes pencemaran sungai semakin menurun dari tahun ke tahun tetapi untuk dibenteras sehingga kosong kita terpaksa ambil masa lagi.

"Dalam tempoh setahun dua ini, keprihatinan rakyat juga semakin tinggi kerana beberapa kes yang kita dapat tangani sebelum ini berpunca daripada aduan orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Majlis Perasmian Penyiapan Projek Cadangan Tebatan Banjir di Jalan Sungai Rasah dan Jalan Padang Jawa, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, sebelum ini Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar beberapa kali berjaya mengatasi masalah pencemaran sungai apabila berjaya menyekat bahan tercemar daripada memasuki muka sauk loji rawatan air.

Katanya, kejayaan kedua-dua agensi itu selepas menerima aduan orang awam yang nampak aktiviti pencemaran seperti yang berlaku di Sungai Semenyih, Sijangkang, Kuala Langat dan Sungai Selangor sekali gus membolehkan tindakan awal diambil.

"Tidak semua pencemaran yang berlaku mengakibatkan gangguan bekalan air kerana sebenarnya ada banyak kali pencemaran yang kita berjaya atasi sebelum sampai ke muka sauk disebabkan aduan orang awam," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619